Satukan Blog Bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Vokasional & Teknik Tawau.

SMTT CEMERLANG
S. M. Teknik Tawau menyahut cabaran
Ke arah kecemerlangan
Bergerak maju bersama wawasan
Kemahiran ditingkatkan

Jentera.....Elektrik dan Awam
Ramuan kehidupan
Bersama berusaha
Tingkatkan kemajuan
Mendukung kejayaan

S. M. Teknik Tawau
Menjadi sebutan
Semarak kegigihan
Tak akan luput dalam ingatan (2x)
Kan menjadi sanjungan



Sekolah Menengah Teknik Tawau adalah sebuah sekolah yang terletak di Pantai Timur Sabah. Sekolah ini terletak di Jalan Kuhara, kira-kira 7 kilometer dari bandar Tawau. Jarak bandar Tawau dari Kota Kinabalu lebih kurang 550 kilometer. Perhubungan jalanraya antara bandar Tawau ke Sekolah Menengah Teknik Tawau adalah begitu baik.

Pada tahun 1996, Sekolah Menengah Vokasional telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Setahun kemudian, iaitu pada 8 Januari 1997, pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik Tawau secara hakiki.

Selaras dengan pertukaran nama tersebut, aliran teknikal telah diwujudkan bersama kursus-kursus rumahtangga termasuk Sijil Kemahiran Malaysia. Bilangan pelajar turut bertambah kepada 564 orang, guru bertambah kepada 67 orang dan staf sokongan kepada 20 orang. Pada tahun itu jugalah akaun letterhead sekolah telah diubah bagi mewujudkan satu kecemerlangan pendidikan selaras dengan wawasan pendidikan negara. Bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) turut ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada awal Julai 1999, pejabat pentadbiran, asrama pelajar lelaki dan kelas kejuruteraan bagi pelajar aliran teknik telah dipindahkan ke bangunan baru.

SM Teknik Tawau menyahut cabaran membimbing pelajar ke arah Wawasan 2020 selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan lebih ramai jurutera. Sekolah ini dilengkapkan dengan bangunan baru serba lengkap dengan keperluan untuk menyediakan pelajar yang berdaya saing di alaf baru.

SM Teknik Tawau menawarkan kursus-kursus dalam aliran pendidikan Teknik dan Vokasional selama dua tahun untuk putera dan puteri negara. Pelajar-pelajar yang diterima masuk ke tingkatan 4 dalam mana-mana aliran akan dijuruskan mengikut kursus-kursus yang dipohon. Kursus-kursus tersebut dibahagikan mengikut bidang-bidang tertentu.

Selain mengikuti kursus Teknik atau Vokasional pelajar akan mengikuti mata pelajaran teras. Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran teras ini adalah sama seperti yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah akademik. Pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Terbuka) di akhir tahun kedua. Mereka yang lulus berpeluang melanjutkan pelajaran ke Intistusi Pengajian Tinggi seperti Politeknik dan Universiti Teknologi Malaysia atau menceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

Kini sekolah Menengah Teknik Tawau terus melangkah ke hadapan dengan menempuhi segala cabaran yang mendatang serta meneroka segala kecemerlangan ilmu. Hasil usaha yang begitu gigih di kalangan seluruh warga sekolah maka sekolah ini telah berjaya memperolehi keputusan 100% dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi aliran teknik selama tujuh tahun berturut-turut (1998-2004) dan juga aliran vokasional pada tahun 2002 hingga 2004.

Kejayaan dan penghormatan tertinggi yang telah dicapai oleh Sekolah Menengah Teknik Tawau ialah Anugerah Kualiti Yang Berhormat Menteri Pendidikan (dalam Pengurusan Sekolah) tahun 2001 dan Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik tahun 2000 selepas pengiktirafan sekolah bertaraf 6 bintang oleh Yang Berbahagia Dr. Ahamad Sipon, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Pastinya kejayaan ini akan menjadi cabaran kepada seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Tawau untuk terus berusaha dengan gigih lagi bagi meningkatkan kecemerlangan selaras dengan visinya "Menjadi Sekolah Menengah Teknik Yang Sentiasa Di Hadapan".


Sekolah Menengah Teknik Tawau pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional yang beroperasi pada 15 April 1981. Pada ketika itu bilangan muridnya hanyalah seramai 50 orang dan bilangan tenaga pengajar seramai 13 orang sahaja. Ketika itu hanya aliran vokasional disediakan dengan tujuh buah kursus yang ditawarkan iaitu Elektronik; Elektrik; Binaan Bangunan; Automotif; Kimpalan Fabrikasi Logam; Pengurusan Perniagaan dan Amalan Bengkel Mesin.

Pada tahun 1996, Sekolah Menengah Vokasional telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Setahun kemudian, iaitu pada 8 Januari 1997, pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik Tawau secara hakiki.

testis

Posted by tawau | 4:26 PM | | 0 comments »

asasa