Sekolah Menengah Teknik Tawau pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional yang beroperasi pada 15 April 1981. Pada ketika itu bilangan muridnya hanyalah seramai 50 orang dan bilangan tenaga pengajar seramai 13 orang sahaja. Ketika itu hanya aliran vokasional disediakan dengan tujuh buah kursus yang ditawarkan iaitu Elektronik; Elektrik; Binaan Bangunan; Automotif; Kimpalan Fabrikasi Logam; Pengurusan Perniagaan dan Amalan Bengkel Mesin.

Pada tahun 1996, Sekolah Menengah Vokasional telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Setahun kemudian, iaitu pada 8 Januari 1997, pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik Tawau secara hakiki.

0 comments